Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan ILPPG dengan kerjasama Bahagian Pendidikan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan satu sesi taklimat bersama pelajar-pelajar Semester 1 dan Semester 2. Seramai hampir 350 orang pelajar terlibat dalam sesi taklimat tersebut. SPR memberi sedikit taklimat berkenaan sejarah dan peranan SPR dalam memastikan sistem demokratik yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia berjalan dengan baik. Selain dari taklimat, pihak SPR juga mengadakan sesi simulasi proses mengundi bersama pelajar. Ia bertujuan memberi gambaran awal kepada pelajar khususnya yang belum pernah mengundi. Pihak SPR kini bergiat cergas dalam memberikan taklimat dan pendidikan kepada anak muda selangkah dengan pelaksanaan Undi 18. Diharapkan taklimat ini dapat memberi kesedaran terutamanya kepada pelajar ILPPG untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.