Kursus Jangka Pendek KNX Certified Course For Trainer ILJTM 2022 bagi ATC Zon Selatan telah dijalankan selama 8 hari bermula 10 Oktober 2022 hingga 17 Oktober 2022. Kursus yang telah dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Elektrik ILP Pasir Gudang dan dibiayai sepenuhnya oleh Skim Latihan Kemahiran Perkasa TVET 1.0, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) ini telah disertai oleh 17 orang pensyarah ILJTM Bidang Elektrik (ADTEC Shah Alam, ILP Kuala Lumpur, ILP Bukit Katil, ILP Mersing dan ILP Pasir Gudang). Peserta telah didedahkan dengan teknologi baru Ke arah Revolusi Industri 4.0 dalam Sistem Automasi Bangunan di mana kawalan aksesori dan peralatan elektrik dikawal secara automatik.
Kursus ini dijalankan dengan kerjasama KNX Center iaitu Seikou Systec Sdn Bhd. Tenaga pengajar dari Seikou Systec Sdn Bhd, En. Azmi telah memberi pendedahan berkaitan dengan KNX System Arguments, KNX Communication, KNX TP1 Topology, KNX Bus Devices, KNX TP1 Installation dan KNX ETS5 Programming, Commissioning & Diagnostic. Selain itu peserta juga perlu menduduki peperiksaan teori dan amali serta disyaratkan untuk lulus bagi melayakkan peserta mendapat Sijil Profesional (Basic Cerified) yang dikeluarkan oleh KNX Association Belgium. Seterusnya peserta akan layak untuk mengikuti peringkat Advance dan Tutor. Bagi melengkapkan kursus Modul Electrical Building Automation System Installation, peserta perlu menyediakan portfolio dan menjalani peperiksaan yang diverifikasi oleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL). Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar.