Tahniah diucapkan kepada pasukan yang mewakili ILPPG di atas kejayaan merangkul anugerah Gold Medal dan Best Poster Award dengan projek bertajuk Mini Anchovies Peeler dalam Pertandingan Inovasi National Innovation, Invention, Design and Research (NIIDR 2022). Pertandingan ini diadakan sempena Seminar Literasi Media dan Maklumat Kebangsaan 2022 pada 27 Sept 2022 anjuran Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di Hotel UiTM, Shah Alam. Projek ini adalah hasil usaha 4 orang pelajar dari Bahagian Teknologi Pembuatan (Pemesinan) iaitu Muhammad Yazid bin Hishamudin, Muhammad Naqiuddin bin Jumaat, Muhammad Azim bin Razali dan Allyvies Anak Kemarau di bawah bimbingan Puan Hasimah binti Kamal.