07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Johor, Kementerian Pelancongan Seni & Budaya (MOTAC), Tourist Malaysia, Persatuan Malim Gunung Perhutanan (MGP) Negeri Johor, Persatuan Penganjur Ativiti Lasak Malaysia (PPALM), GGR Outdoor Johor, ISREC Adventure Johor dan GOGO Johor Malaysia ini bermatlamatkan pelestarian Hutan Simpan Gunung Muntahak Kota Tinggi, Johor.

Antara objektif program adalah:
i. Memupuk kesedaran kepentingan alam sekitar kepada para pelajar ILPPG
ii. Menyemai rasa tanggungjawab di dalam diri pelajar untuk mengambil bahagian dalam menjaga kelestarian alam sekitar
iii. Menjalinkan hubungan antara MPP ILPPG dengan pihak luar dengan cara membantu kerajaan dan NGO-NGO yang berkaitan.

Program ini telah disertai oleh 22 orang MPP dan 18 orang rakan exco yang terdiri daripada pelajar-pelajar ILPPG. Para peserta mendaki Gunung Muntahar sambil membersihkan kawasan sekitarnya dan kemudian membawa turun sisa-sisa domestik di sana untuk dilupuskan.

Skip to content