Majlis Perwakilan Pelajar ILP Pasir Gudang menganjurkan “Happy Food Programme” pada setiap hari Isnin di asrama ILPPG. Program ini melatih para pelajar memasak dalam kuantiti yang banyak di samping mendidik peserta di dalam bidang keusahawanan. Makanan yang dimasak kemudian dijual dengan harga yang sangat murah sekaligus dapat membantu meminimakan perbelanjaan pelajar ketika berada di asrama. Sesuai dengan nama program ini “Happy Food”, para peserta dan para pelanggan (pelajar) sudah pasti gembira dengan perkhidmatan yang ditawarkan.