07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG telah menganjurkan Karnival Sukan Intelek bertempat di padang dan di bawah aras asrama ILPPG pada 13 Julai 2022. Karnival ini melibatkan 20 acara yang dijalankan serentak. Antara acara yang dipertandingkan ialah pertandingan futsal, sepak takraw, bola tampar, rejam lembing, lontar peluru, lari 100m, 400m larian berganti, gusti sumo, gusti lengan, tarik tali dan pertandingan perbarisan.
Acara intelek pula melibatkan Pertandingan Saintis Muda, Jurutera Muda, Arkitek Muda dan Pertandingan Memasak. Program ini tampak lebih menarik apabila turut diadakan acara senamrobik, pertunjukan ular, sukaneka dan acara permainan tradisional. Karnival ini dimulakan dengan acara lintas hormat perbarisan oleh kontinjen-kontinjen setiap bahagian dengan pelbagai formasi pertunjukan ringkas.
Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts Dr Alina binti A.Rahman @Othman berbesar hati menggunakan busur bagi memanah belon sebagai simbolik Perasmian Karnival Sukan Intelek ILPPG Sesi 1/2022.

Skip to content