Program latihan Automotive – After Sales Service ini ditaja sepenuhnya oleh Unit Strategik Modal Insan Negeri Johor dan akan berlansung selama 45hari di ILP Pasir Gudang. Seramai 10 peserta telah mendaftar pada 30 Jun 2022 yang lalu. Peserta-peserta terdiri daripada lepasan Madrasah Tahfiz sekitar negeri Johor. Selepas tamat latihan pelajar-pelajar tersebut akan diberi peluang untuk bekerja sebagai Pembantu Juruteknik Automotif di bengkel kenderaan.