MPP telah menganjurkan ceramah motivasi bertajuk “Mukmin Professional Matlamat Ummah” pada 4 Julai 2022. Ceramah ini disampaikan oleh Professor Dr. Mazlan Bin Abd Wahid daripada Universiti Teknologi Malaysia. Antara intipati penting ceramah ini ialah untuk memotivasikan para pelajar agar berusaha dengan gigih tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.