Ahli Jawatankuasa Aspuri ILPPG dengan kerjasama MPP ILPPG telah menganjurkan ‘Pink Point Programme’ pada 1-2 Julai 2022. Program khusus untuk pelajar-pelajar wanita ini telah direncana dengan pelbagai acara khusus untuk wanita seperti sukaneka, acara menggubah bunga, acara menyulam corak pakaian dan pelbagai lagi. ‘Culture Night’ merupakan acara kemuncaknya di mana para pelajar menunjukkan bakat terpendam mereka dalam acara nyanyian, peragaan pakaian beragam dan kebudayaan pelbagai kaum. Program ini benar-benar menambat hati para pelajar sekaligus merapatkan lagi ukhuwah di kalangan mereka.