Program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG pada 1-2 Julai 2022 bertempat di Gunung Panti Kota Tinggi ini bertujuan mendidik para pelajar tentang pentingnya penjagaan hutan semulajadi dan hidupannya kepada kelestarian alam sekitar. Para pelajar dipandu dan dikawal selia oleh Malim Gunung profesional iaitu Puan Azroyliza Binti Aradi.