Pada 29 Jun 2022, MPP ILPPG telah menganjurkan Program Ceramah Perdana bertempat di Surau Al Mawaddah ILP Pasir Gudang. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Razee bin Jamaladdin itu menyentuh tentang Fitnah Akhir Zaman dan cara untuk menanganinya. Program keagamaan seperti ini wajar dipergiatkan di ILPPG bagi memastikan para pelajar bukan sahaja mempunyai kemahiran yang tinggi bahkan dapat mengamalkan kehidupan beragama di dalam diri mereka.