MPP ILPPG telah menganjurkan Bengkel Intensif Solat Jenazah pada 28 Jun 2022. Seramai 250 orang pelajar telah menyertainya. Program berbentuk LDK amali ini bertujuan memantapkan kemahiran solat jenazah di kalangan pelajar ILPPG. Program ini dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada MPP dan Rakan Surau yang telah dilatih khas. Di akhir program ini para pelajar dapat menguasai dan menghafaz kesemua bacaan-bacaan dan doa yang berkaitan dengan solat jenazah.