Pada tarikh 18 Jun 2022, BPPL telah mengadakan Program Promosi Pengambilan Pelajar ke ILPPG di Dewan Cendana bersempena Program Sambutan Peringkat Hari Antidadah Peringkat Negeri Johor Tahun 2022. Program tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan ‘booth’ pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan NGO. Promosi ini turut memberi peluang Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG bertindak sebagai duta institut kepada masyarakat.