MPP ILPPG menganjurkan program berbentuk perkongsian ilmiah pada 7 Jun 2022 bertempat di Surau Al Mawaddah ILPPG iaitu Program 1 Jam bersama Pendakwah ReMp-IT. Program berbentuk bual bicara ini amat memberikan impak yang besar kepada para pelajar yang rata-ratanya meminati dunia permotoran. Di dalam perkongsiannya, ahli panel banyak menasihati pelajar agar kekal mendirikan solat, istiqamah membaca Quran, berbakti kepada ibu bapa, berukhuwah dengan guru dan membawa mesej agama ke dalam kehidupan seharian.
Beliau menceritakan titik tolak beliau berubah menjadi insan yang positif semenjak beliau bergelar pelajar ILPPG. Beliau mendapat jolokan ‘pendakwah rempit’ kerana beliau sentiasa berusaha berdakwah kepada rakan-rakan motornya menjadi insan yang taat beragama. Ahli panel yang bernama Mohd Afiq bin Azizan ini merupakan ALUMNI ILPPG, bekas pelajar Instrument Oil & Gas Sesi Kemasukan 1/2014 dan kini berkhidmat sebagai Juruteknik di salah sebuah kilang gergasi Jepun di Johor.