Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) dengan kerjasama MPP ILPPG dan KSDK telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Pelajar pada 2 Jun 2022 bertempat di Dewan Platinum ILPPG. Turut diadakan Pertandingan ‘Booth Raya’ dan Pertandingan Nyanyian Lagu Raya secara beramai-ramai mengikut bahagian. Majlis ini tampak lebih menarik apabila para pengajar turut hadir memeriahkan suasana bersama pelajar-pelajar mereka. Pemberian duit raya juga diadakan kepada para pelajar yang sudi berselawat atau menyanyikan lagu raya secara solo.