Lawatan audit oleh pihak JKKP ke ILP Pasir Gudang telah dijalankan dari jam 10 pagi sehingga 1.45 petang oleh Pegawai JKKP Negeri Johor, En. Zamri bin Noruddin dan Pn. Nor Hidayati binti Jaafar. Ahli Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kesihatan ILPPG turut bersama dengan pihak JKKP sepanjang audit dijalankan. Terdapat dua kriteria audit yang dijalankan iaitu audit dokumentasi dan audit fizikal. Lawatan audit telah menemui beberapa teguran dan tindakan susulan yang perlu diambil terhadap teguran tersebut.