MPP (Hal Ehwal Wanita) telah menganjurkan Program Jalinan Ukhuwah Marhaban Raya Aspuri pada 25 Mei 2022 yang lepas bertempat di asrama wanita ILPPG. Program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah para penghuni asrama ILPPG. Program dimulakan dengan menghias dorm masing-masing bertemakan Sambutan Hari Raya. Kemudian para pelajar wanita saling bergotong royong memasak juadah dan bermarhaban dari dorm ke dorm serta beramah mesra dengan semua penghuni ASPURI ILPPG. Apa yang menarik disini ialah program ini turut disertai oleh semua lapisan bangsa.