Pada 25 Mei 2022 yang lepas, Kumpulan Qasidah Al Huzaifah ILPPG telah dijemput oleh Jawatankuasa Penduduk Zon Scientex untuk membuat persembahan Qasidah dalam Program Malam Lentera 7 Syawal di Padang Merpati Taman Scientex. Program ini dihadiri oleh Datuk Bandar Pasir Gudang, YB Dato Asman Shah bin Abd Rahman dan ahli-ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Persembahan Qasidah hampir 30 minit ini telah menarik minat 400 orang penduduk sekitar.