Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan ILPPG telah mengatur Program Perhimpunan Pelajar bersama Pengarah Bil. 2/2022 pada 17 Mei 2022 bertempat di Dewan Kuliah Utama ILPPG.
Perhimpunan tersebut dimulakan dengan amanat daripada Puan Pengarah, Ts. Dr. Alina binti A.Rahman @Othman, Taklimat dan Pelancaran EKSA ILPPG, ceramah motivasi dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Mencipta ‘Tag Line’ EKSA serta penyampaian sijil kecemerlangan pelajar.