07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Sempena Hari Guru Sedunia yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun, Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG sekali lagi tidak melepaskan peluang untuk berkempen agar para pelajar menghargai dan memberikan hadiah kepada setiap pengajar dan kakitangan ILPPG. MPP ILPPG telah menghadiahkan jambangan coklat kepada semua staff ILPPG. Selain itu, aktiviti jualan kotak hadiah dan pelbagai cenderahati dijalankan bagi pelajar yang mahu memberikan hadiah yang lebih istimewa kepada pengajar-pengajarnya. Di malam hari, para pelajar berhimpun mengadakan bacaan yasin dan doa selamat didedikasikan khusus kepada semua pengajar-pengajar. Di akhir slot, nyanyian nasyid beramai-ramai didendangkan sebagai tanda penghargaan kepada pengajar ILPPG yang dicintai.

Skip to content