1) Sesi Perkongsian Simpanan dan Pelaburan Emas telah diadakan untuk pelajar ILP Pasir Gudang pada 17 April 2022. Ini merupakan salah satu aktiviti keusahawan ILPPG bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan peluang perniagaan di samping kerjaya dalam bidang kemahiran yang diceburi. Program ini telah disertai oleh pelajar Semester Akhir seramai 32 orang. Sesi Taklimat telah disampaikan oleh En Ishak bin Karji dan En Mohd Shahril Akmal bin Mohd Rosli dari Syarikat Quantum Metal.
2) ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Bazar Ramadhan ILPPG 2022 bertujuan mendedahkan para pelajar dengan dunia keusahawanan. Sebanyak 7 tapak jualan telah disediakan untuk para usahawan muda menjalankan jualan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Program ini merupakan salah satu aktiviti keusahawan ILPPG dalam memberi pendedahan perniagaan kepada para pelajar di samping menjana pendapatan melalui gerai jualan. Program ini diadakan 3 hari setiap minggu (Isnin hingga Rabu) dari 11 April sehingga 27 April 2022.