Biro Hal Ehwal Wanita MPP ILPPG dengan kerjasama Kumpulan Srikandi ILPPG (ILPPG Ladies) telah mengambil inisiatif mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada golongan-golongan asnaf di kalangan warga ILP Pasir Gudang.
Pada 27 April 2022, Majlis Penyampaian Sumbangan telah diadakan dengan mengagihkan sebanyak 70 bungkus set barangan dapur dan saguhati duit raya kepada para pelajar ILPPG yang berstatus anak yatim, pekerja-pekerja lanskap/ pembersihan dan juga pengawal keselamatan.
