07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program Hak Modul Pekerja yang melibatkan 102 orang pelajar Sem 3 Sesi 1/2022 di Dewan Kuliah Utama, ILPPG. Penceramah yang terlibat menjayakan program ini ialah En. Ramaiah, En. Asri dan Puan Normala.

Program yang mengambil masa 2 hari ini (26-27 April) memberikan input kepada pelajar mengenai hak-hak mereka sebagai pekerja nanti. Penerangan mengenai JTKSM, KWSP dan PERKESO sangat penting bagi memastikan para pelajar dapat mempersiapkan diri mereka dalam menghadapi dunia pekerjaan yang mencabar.

Pada akhir sesi, pembentangan jawapan bagi soalan-soalan yang berkaitan dengan modul tersebut telah diadakan. Pelajar secara purata dapat memahami apa yang diterangkan dan dapat menjawab soalan dengan baik. Selepas program ini Pegawai Penilai yang dilantik akan menilai para pelajar di bawah seliaan mereka.

Skip to content