Trend masakini menunjukkan keusahawanan penyediaan makanan kian mendapat tempat dalam masyarakat. Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG menyedari bahawa kemahiran menyediakan makanan boleh memberikan nilai tambah ilmu dan mampu memberikan pendapatan sampingan kepada para pelajar. Oleh itu, MPP ILPPG telah mengatur program Bengkel Keusahawanan dan Penyediaan Makanan kepada wakil-wakil pelajar setiap bahagian.
Pada kali ini En Wan Mahmudul bin Wan Mohd Zain dijemput sebagai pengajar di dalam bengkel penyediaan menu Nasi Arab ini. Para peserta diajar bermula daripada pemilihan bahan-bahan mentah di pasar sehinggalah kepada penyediaan menu ini dalam kuantiti yang besar. Bukan itu sahaja, para peserta diajar tatacara membuat anggaran perbelanjaan dan penjualan.