Program Membudayakan Al-Quran untuk kakitangan dan pelajar ILP Pasir Gudang merupakan rutin pada setiap hari Khamis jam 8.00 pagi di Surau Al-Mawaddah ILP Pasir Gudang.
Program Membudayakan Al-Quran ini dipimpin oleh Ustaz Mohammad Ariff Afdlin bin Faizan, Ustaz Mohamad Nor Firdaus bin Hashim dan Ustaz Muhammad Syafiq bin Wagimi. Di samping memperdengarkan bacaan al-Quran, para asatizah ini juga mengajar hukum-hukum tajwid dalam bacaan al-Quran serta memberi tazkirah ringkas kepada semua kakitangan dan pelajar yang hadir.