07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG telah menganjurkan Program Pertandingan Liga Minda pada 17 April 2022. Program yang disertai oleh 70 orang pelajar ini telah mengasah bakat peserta dalam menghafaz Al-Quran, doa selamat dan doa-doa masnun. Program ini sebagai penambah seri kepada Hari Nuzul Quran yang diadakan keesokannya.

18 April 2022 merupakan Hari Nuzul Quran, MPP ILPPG tidak melepaskan peluang ini untuk menyambutnya dengan aktiviti ceramah, pembacaan Al Quran beramai-ramai, berqasidah dan diakhiri dengan jamuan makan. Semoga dengan adanya sambutan Nuzul Quran ini para pelajar dapat menambahkan kecintaan terhadap agama.

Skip to content