Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG menganjurkan Program Semarak Ramadhan bermula pada awal Ramadhan hinggalah tamat bulan Al Mubarak ini. Antara program yang dianjurkan ialah Program bacaan Yasin/ Tahlil yang dibuat setiap hari sebelum berbuka puasa, Majlis Iftar di surau, bacaan doa selamat dan hajat untuk warga ILPPG, Akustika Ramadan (Kuliah Maghrib), Program Pembacaan Al-Quran beramai-ramai, Tadarrus Quran, Solat Tarawih dan Program Happy Food (makanan percuma selepas Tarawih).
Surau Al Mawaddah ILPPG tampil lebih istimewa apabila setiap sebelum masuknya waktu Isyak, para pelajar akan memalukan kompang bagi menaikkan semangat untuk melaksanakan solat Isyak dan Tarawih beramai-ramai. Selain itu, turut dianjurkan Kempen Solat Dhuha dan Pertandingan Hafazan Quran dan doa selamat. Program berbentuk kerohanian ini dibuat bertujuan untuk mendidik dan memupuk rasa kecintaan terhadap agama disamping membentuk keperibadian yang mulia di kalangan para pelajar.