Perhimpunan pelajar bersama Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Dr. Alina binti A.Rahman @Othman telah diadakan pada 11 April 2022 bertempat di Dataran Platinum ILPPG. Tujuan perhimpunan itu dilaksanakan adalah untuk memberi pencerahan terhadap S.O.P terkini dan perihal disiplin yang perlu diambil perhatian oleh semua pelajar.
Turut diadakan Taklimat Keselamatan secara ringkas berkaitan PPE di bengkel yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Elektrik, Elektronik dan Logam, Dr. Dayangku Suraya binti Awang Jaafar.