Program ini menyediakan peserta dengan pengetahuan penting tentang prisip-prinsip asas perlindungan peralatan dalam suasana letupan. Ia juga meliputi pemilihan asas, pemasangan dan penyelenggaraan peralatan perlindungan letupan mengikut Standard IEC 60079.
Program ini amat bermanfaat kepada Jurutera dan Juruteknik dari industri petrokimia, minyak & gas, pengeluar peralatan dan orang-orang yang berminat menjadi orang yang kompeten pada peralatan Ex di peringkat antarabangsa selaras dengan Persijilan Personel Kompentensi IECEx ( CoPC ).
Di akhir program iaitu selepas 2minggu berkursus, para peserta telah menduduki Peperiksaan IECEX 001 bersama SIRIM pada 7 April 2022 di ILP Pasir Gudang.