07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bertujuan menaikkan semangat cintakan budaya bangsa dan mendedahkan kemajuan bangsa Melayu terdahulu, MPP ILPPG mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Momento Kemilangan Melayu Nusantara pada 29 Mac 2022 di Dewan Platinum ILPPG. Program berbentuk integrasi ini dijalankan oleh para pelajar Jabatan Elektrik dan Elektronik di bawah seliaan MPP.

Antara aktiviti program ialah Pertandingan Seni Tari Silat, Pameran Tamadun Melayu Zaman Lampau, Pameran Keris Nusantara, Bengkel Membuat Tanjak Melayu, Pertandingan Syair Melayu, Pertandingan Kuiz Sejarah dan Pertandingan Busana Melayu. Di akhir program, penganjur mengadakan jamuan ringan yang turut disajikan oleh para pelajar daripada Jabatan Elektrik & Elektronik.

Skip to content