Kursus ini dijalankan untuk memberi pendedahan tentang pengetahuan teori dan amali berkenaan Asas Pertolongan Cemas. Tamat dari kursus ini, peserta kursus diberikan Sijil Penyertaan Kursus Asas Pertolongan.
Struktur latihan merangkumi pembelajaran teori dan amali. Peralatan yang digunakan bagi tujuan pembelajaran sentiasa disesuaikan dengan keperluan keselamatan dan teknologi semasa. Teknik pembelajaran mengutamakan latihan ‘hands on’ seperti Kaedah serta Teknik Bebat dan Balutan, Teknik Usungan dan Prosedur & Kaedah CPR (Cardio Pulmunari Resusciation).