P-LEAD merupakan program anjuran MPP ILPPG yang melatih pelapis-pelapis baharu di dalam gerak kerja kepimpinan pelajar. Para peserta diberi kebebasan untuk merancang dan menjalankan aktiviti dengan tunjuk ajar dari wakil MPP.
Program yang bermula pada 24 Mac 2022 dengan aktiviti bacaan Yasin/ Tahlil Perdana ini telah berakhir pada 26 Mac 2022. Aktiviti lain yang turut dijalankan sepanjang program seperti Futsal Mania, Program Bakti Asrama dan Knowledge Fest turut membantu menambah keceriaan di dalam kehidupan pelajar di asrama dan mampu melatih bakat kepimpinan di dalam setiap diri pelajar.