Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG sekali lagi menganjurkan program berbentuk pengisian ilmu kepada semua pelajar Semester 1. Program yang berlangsung pada 17-19 Mac 2022 ini menumpukan bab-bab solat bermula daripada tatacara solat secara sunnah, rukhsah solat, bengkel pemantapan wudhuk, kaedah solat orang sakit, tasmik bacaan Al-Fatihah, hafazan doa selamat dan bengkel pemantapan imam/ bilal. Dengan adanya program sebegini para pelajar dapat memantapkan lagi mutu ibadah mereka sekaligus mendidik para pelajar menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.