Seramai 7 orang pelajar ILPPG telah menghadiri Karnival Jamin Kerja Kota Tinggi pada 9 Mac 2022 bertempat di Felda Air Tawar 3. Program anjuran Kementerian Sumber Manusia itu bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dengan cara menjemput pihak industri membuka ‘booth’ bagi tujuan temuduga. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara.