07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG telah mengadakan Program ‘Change Maker’ pada 8 Mac 2021. Program ini dijalankan setiap hari Rabu secara berkala sehinggalah tamat semester. Program yang berkonsepkan mentor mentee ini dilaksanakan oleh ahli Majlis Perwakilan Pelajar.

Program ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan profesionalisme di dalam diri para pelajar. Melalui program ini juga MPP dapat mendengar segala pandangan dan permasalahan yang dialami oleh pelajar sekaligus bertindak sebagai rakan kaunseling kepada mereka. Di akhir slot ini,para peserta disajikan dengan jamuan ringan yang disediakan oleh MPP itu sendiri.

 

Skip to content